Wednesday, 7 November 2018

INSTRUMEN

GAMBANG


Gambang terdiri dari sejumlah kepingan kayu keras yang diletakkan di atas kotak kayu yang berfungi sebagai penyalun bunyi. Kepingan-kepingan kayu tersebut dipukul dengan sepasang pemukul kayu yang berbalut. Setiap bilahan kayu tersebut dipukul kepada pic-pic tertentu. Alat muzik ini merupakan salah satu alat utama yang dimainkan dalam ensemble gamelan.

SARON

                                                         
                                                       Sarong Demung


                                                      Sarong Barong


                                                    Sarong Pekin

Saron terdiri daripada tiga jenis iaitu saron demong, saron barung dan saron perkin. Setiap saron dapat dibezakan dengan saiz dan juga bunyi yang berbeza. Kumpulan saron ini terdiri daripada 6 bilah gangsa yang di susun dan dipukul menggunakan penukul yang dicipta berdasarkan bunyi pic – pic tertentu. Saron Demung mempunyai saiz lebih besar berbanding saron barung dan Saron Peking. Manakala Saron Peking mempunyai saiz yang lebih kecil. 6 bilah gangsa yang terdapat pada saron disusun mengikut bunyi 1, 2, 3, 5, 6 dan 



KENONG

Kenong sejenis alat yang diperbuat daripada gangsa dan berfungsi sebagai alat kolotomik dalam muzik gamelan. Mempunyai pic yang tetap iaitu ‘fixed –pitch’ yang diasaskan kepada ‘western  tempered pitch’. Terdiri daripada 5 biji gong bersaiz sederhana yang disusun mengikut bunyi 1, 2, 3, 5, 6 (Bunyi i diganti dengan 1). Memandangkan alat Kenong diletakkan ditempat yang lebih tinggi maka pemain memerlukan tempat duduk untuk yang sama tinggi dengan alat ketika memainkan instrumen Kenong ini.





GENDANG



Gendang merupakan salah satu alat muzik tradisional yang sangat signifikan dalam masyarakat melayu. Gendang merupakan alat muzik yang terpenting dalam ensembel  muzik tradisional Melayu seperti Wayang Kulit, Menora  dan Gamelan. Permukaannya diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diregangkan menggunakan rotan. Baluhnya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka atau merbau.





1 comment:

VIDEO